Adab mengejutkan anak ketika tidur
- cara atau adab mengejutkan anak yang sedang tidur,tidak kira masih bayi,kanak-kanak, remaja atau dewasa.
- Beri salam kepada anak yang sedang tidur
- Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
- Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
- Kalau masih belum sedar, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
- Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
- Kejutkannya sambil memujinya contoh: Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.
- Sebaik saja anak bangun, gosok kepalanya sambil bercakap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
- InsyaALLAH , anak anda akan bangun dengan badan yang segar dan minda yang cergas kerana dikejutkan dengan penuh kasih sayang.

nice sharing... :)
ReplyDeletewelcome.. ;)
Delete